Sunday 12 January 2014

Allah mengajarku sesuatu

Assalamualaikum w.b.t

Apa Khabar semua? kata PU Salman..khabare? betul ke?
semoga kita semua terus berada dalam rahmat dan perlindungan Allah.
Lama tidak menjenguk Qhaleefa.. begitu pantas masa berlalu, sudah 2014 rupanya
teringat satu "post" di facebook perihal imtihan,diri yang sering alpa ini masih lagi menaip "2013".. tidak perasan sehingga ditegur seorang senior, sehingga begitu sekali ^.^
maluku tentu sahaja tak terperi.. =)

Hari ini, sudah hari ke dua belas 2014, dua hari lagi, ujianku dimedan kejuruteraan bakal kutempuhi, ku harap doa kalian dan semoga doa itu juga untuk kalian. waktu ini 2.30 pm, hatiku melonjak mahu berkongsi sesuatu, bagiku, ia satu pengajaran yang cukup besar dan bermakna =)
apa ceritanya?

InsyaAllah, ceriteranya begini, tadi sewaktuku berjalan ingin melintasi sebatang jalan yang rancak dihuni.. tiba- tiba datang seorang lelaki yang layaknya digelar pak cik, alhamdulillah fizikalnya nampak sihat dan dari kaca mata kasarku, begitu juga dengan emosinya

" adik, ada duit RM 2? nak minum.."

namun aku seakan ketakutan dan langkahku diteruskan, cuma tolehan yang ku berikan
sesudah melewati jalan, hatiku berdetik.. " kejamnya aku.. mugkin pak cik itu dalam kesusahan, walau dia nampak sihat..mungkin sahaja dia ke "atm", tapi duitnya tidak dapat dikeluarkan atau mungkin sahaja wangnya itu tercicir di jalanan, Allahurabbi" .. rasa bersalah beruap-ruap di dalam diri. Allah bagi peluang buat pahala ditolaknya?? astagfirullah

sedang berkudapan hatiku rancak berdoa, dengan setulus hati kerana rasa penyesalan yang begitu menebal dihati.." Ya Allah.. kau temukan kami kembali, nescaya tidak lagi ku tolak peluang ini "
dalam derap langkah pulang, hatiku masih tidak berhenti berharap, masuk ke bank untuk melunaskan sedikit tanggungjawab, keluar dari bank.. "adik.."

Alhamdulillah..pak cik =)

Terima kasih Ya Allah <3

Kau terima doaku, dan dengan hanya beberapa minit Kau kabulkan
Semalam, doa dan rintih hatiku sejak 2 tahun yang lalu Kau kabulkan.. Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim

Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu hendak dustakan?
- Surah Ar-Rahman -

Ya, kita selaku hamba haruslah sering merintih memohon pada Yang Esa
pohon, rayu, tagih, dan minta jua lah apa sahaja..

Jangan sombong
Jangan angkuh
Jangan bongkak

Kita HAMBA
maka itu selayaknya

Mungkin doa kita begitu cepat dikabulkan
Mungkin juga lambat sedikit, berbulan - bulan atau bertahun-tahun malah berdekad-dekad
Mungkin juga tidak

Kerana apa?
Kerana tidak semua yang kita inginkan adalah terbaik untuk kita, Dia Pencipta.. Dia Maha Mengetahui segalanya dan apa yang terbaik untuk apa yang diciptaNYA.

Yakin sahaja pada Allah Azza Wa Jalla
Yakin dengan sepenuh hati tanpa sekelumit pun keraguan
Allahu ma'ana ( Allah bersama kita )

Allahua'lam bissawab

let share your idea..betulkan ana jika ana salah

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah wa syukru lillah... Allah masih lagi memberi kesempatan pada kita hambanya untuk bertemu dengan bulan yang lebih baik dari seribu bulan setelah ia meninggalkan kita selama 11 bulan, diuji dengan kealpaan akhirnya kini,Ramadhan datang lagi. Ramadhan kali ini sedikit mencabar.. di malaysia sekarang sedikit panas,maklumlah bulan Julai =)..tetapi jangan kita lupa, erti Ramadhan itu sendiri dari segi bahasanya ialah panas terik, sesungguhnya ramadhan juga merupakan madrasah tarbawiyyah untuk melahirkan ummah yang berdisiplin,berjiwa kental dan paling utama agar kita dapat menambah rasa ketaqwaan padaNya. kewajiban berpuasa itu mendidik jiwa juga mengawal nafsu sepanjang hari dari melakukan perkara-perkara yang dilarang.


umum sedia mengetahui betapa bertuahnya kita bertemu dengan Ramadhan,bulan pengampunan dosa,bulan dimana ditutup pintu-pintu  neraka dan dibuka pintu-pintu syurga..Allahurabbi seronoknya.. ada sale pula,ganjaran berganda-ganda  =) <3 <3 , terima kasih Ya Rahman. 

Ayuh kita sama-sama " grab" peluang yang ada.. Betapa ruginya kita jika keadaan kita pada 1 Syawal nanti sama sahaja keadaanya seperti sebelum Ramadhan.

suka disini untuk ana menyentuh perihal sahur. Kenapa?? sebab ramai orang tidak menitikberatkan perihal bersahur walhal sahur itulah yang membezakan antara puasa kita sebagai muslim dengan puasa penganut agama lain.jangan lupa, pada sahur itu juga adanya keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w

" Ada tiga jenis suara yang disulai Allah : kokok ayam,suara orang membaca al-Quran dan suara orang-orang yang memohon ampun pada waktu sahur."
- sumber: kitab Ayyuhal waladul-muhibb karangan imam Ghazali - 


kata sufyan ats-Tsauri rahmatullah : " sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah menciptakan satu jenis bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pada waktu sahur membawa zikir-zikir dan istigfar kepada Allah yang Maha Gagah Perkasa."

dan katanya lagi : " apabila bermula awal malam, penyeru dari bawah Arasy pun menyeru : " Duhai bangunlah para 'abid ! lalu mereka pun bangun dan menunaikan solat, masya Allah, kemudian pada separuh malam ada pula yang menyeru " duhai, bangunlah golongan Qanitun ! mereka pun bangun dan mendirikan solat sampai waktu sahur. Apabila masuk waktu sahur ada pula menyeru, " duhai,bangunlah orang -orang yang memohon istighfar !,mereka pun bangun memohon istighfar. Apabila fajar menyingsing, ada pula yang menyeru : 'duhai, bangunlah orang -orang yang lalai !,mereka pun bangun dari tilam-tilam mereka bagaikan orang -orang mati yang dibangkitkan dari kubur-kubur mereka. "

Apa itu golongan qanitun?

Golongan Qanitun adalah golongan orang yang banyak menunaikan solat malam.

Allahua'lam..
semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang lalai..waliya'uzubillah.

lagi satu pesanan insyaAllah =)

betapa ruginya orang yang bangun malam hanya untuk bersahur,tanpa menghiasnya dengan ibadah lainnya.

seperti pesan Luqman al-Hakim kepada puteranya ;" wahai anakku,jangan biarkan bapa ayam lebih bijak daripadamu,ia menyeru pada waktu-waktu sahur sedang engkau masih berdengkur tidur."

Ramadhan Kareem =)





































Thursday 27 December 2012

muafakat asyura

Assalamualaikum w.b.t

maaf,agak lama ana menyepi..kata orang,sudah bersawang  =)
sebenarnya ada masalah untuk log in,sampailah ana betul-betul rindukan qhaleefa,dan ana terus mencuba lagi untuk log in tanpa sebarang harapan..

tapi..eh? dah boleh la =)
alhamdulillah,senyum melebar hingga ke telinga,hehehe

insyaAllah,banyak perkara yang berlaku sepanjang penyepian ini,dan setiap yang berlaku sudah tentulah lebih mengajar diri untuk menjadi lebih matang,alhamdulillah..tidak Allah jadikan suatu perkara itu sia-sia.

baru-baru ini ana berkesempatan untuk melibatkan diri dalam program Muafakat Asyura..
alhamdulillah,sangat seronok bergotong-royong menyediakan bubur Asyura bersama pelajar-pelajar UniMAP juga ajk Masjid Al-Hussein atau lebih dikenali sebagai masjid terapung.
Haa..Perlis pun ada masjid terapung tau,bukan hanya Terengganu sahaja, dan untuk pengetahuan,masjid terapung di Terengganu namanya Masjid Tengku Tengah Zaharah.


sumber gambar: saidatul

kembali kepada bubur asyura, disini (Kuala Perlis) resepinya jauh berbeza dengan resepi dari pantai timur,terutama Terengganu la,sebab ana orang Terengganu.Bubur asyura Terengganu rasanya sedikit berempah,turut dimasukkan daging atau ayam sebagai penambah perasa selain jagung,kacang merah juga ubi keledek.Namun,di Perlis ini,bahan utamanya adalah tepung beras,santan,gula melaka dan ditambah dengan durian,nangka,pisang,kacang hijau,kacang merah,ubi keledek dan juga pisang.
Dari segi rasa dan warna tentu sahaja berbeza,namun persamaannya ialah dapat membawa kepada permuafakatan,mengeratkan silaturrahim,mengajar erti saling membantu juga memahami kesusahan orang lain. Alhamdulillah, semua "excited" nak tolong kacau bubur kan =)..
kata pepatah, "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing "

Jika diamati, dari setiap bahan-bahan yang dimasukkan itu,semuanya mempunyai "characteristic" yang berbeza,warna yang berbeza,apatah lagi rasanya.Akan tetapi,setelah semuanya dicampurkan kedalam satu periuk,masing-masing memberi sumbangan yang tersendiri,menunjukkan kelebihan masing-masing namun saling menutup kekurangan antara mereka. ya,mungkin ubi keledek ada yang sedikit pahit rasanya,tapi rasa manis buah pisang sebagai contoh menyebabkan rasa pahit ubi keledek itu tidak terasa.Lantas hasil yang kita dapat adalah bubur yang sedap dan berwarna-warni dan disukai ramai.

Harapnya,begitu jugalah kita dalam menjalani hidup bermasyarakat,saling melengkapi untuk menghasilkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Allahua'lam

hanya ini sahaja yang ana sempat nukilkan buat kali ini,
insyaAllah,peperiksaan akhir semester 5 ana akan bermula pada 7/1/2013 - 17/1/2013
dengan subjek " thinking skill, air pollution engineering, solid & hazardous waste engineering,wastewater engineering and also environmental impact assesment ".
Doakan ana ya,jazak =)
kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan,atau sedang menjalaninya, moga Allah permudahkan urusan kita,harap semuanya baik-baik sahaja.Apa yang penting,kita sebagai hamba haruslah berusaha sehabis baik,berdoa dan bertawakkal,jangan pernah putus harap pada Allah dan sentiasalah bersangka baik pada-NYA.

Always think positive, good luck and all the best

Thursday 19 April 2012

Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi

 Assalamualaikum w.b.t 
                            


Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan terutama yang menghafaz al-quran (golongan hufaza') agar mengerjakan Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi.    


 Kaedah :

1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyyat akhir

Lafaz niatnya :
اصلى سنة تقوية الحفظ ركعتين أداء لله تعالى
2. Mengerjakannya pada malam jumaat. Sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya pada 3, 5 atau 7 malam jumaat secara berturut-turut.
Bacaannya:
1. Rakaat pertama selepas al-Fatihah - Surah Yassin
2. Rakaat Kedua selepas al-Fatihah - Surah ad-Dukhan
3. Rakaat Ketiga selepas al-Fatihah - Surah As-Sajadah
4. Rakaat Keempat selepas al-Fatihah - Surah al-Mulk

Setelah selesai bacalah doa berikut :